Blogger Template by Blogcrowds.

PENGAJARAN



(Rajah 10)

Rajah 10 iaitu rajah yang terakhir dalam penganalisian bagi sumber tajuk Sistem Cakerawala ini. Laman ini menutup tajuk pembelajaran dan pengajaran dengan pengajaran daripada penciptaan sistem cakerawala untuk memastikan pelajar mendapat iktibar dan kebaikan dalam mempelajari kandungan yang terdapat di dalam laman ini dan juga laman-laman web yang dianjurkan penulis untuk dijadikan bacaan tambahan.

Berdasarkan rajah10 ini hanya laman 48 dan 50 yang menepati kriteria standard pemikiran yang ditetapkan. Walaubagaimanapun pada laman 49 hanya satu kriteria sahaja yang tidak tiada di dalam laman tersebut iaitu hikmah. Pengarang bagi laman 49 ini tidak mendatangkan dalil berasaskan al-Quran atau Sunnah yang menyebabkan ada sedikit kekurangan pada laman pengarang. Namun, ketiga-tiga laman ini boleh dijadikan sumber rujukan terbaik berbanding laman lain bagi topik berkaitan pengajaran daripada penciptaan Sistem Cakerawala.

WAJIB PERCAYA KUASA ALLAH



(Rajah 9)

Rajah 9 di atas menunjukkan senarai laman web yang berkaitan dengan kewajipan percaya kepada kekuasaan allah swt. Terdapat empat laman web yang menepati kriteria standard pemikiran iaitu daripada laman 42 hingga laman 45. manakala, laman 46 mempunyai kriteria penuh kecuali hikmah. Iaitu laman ini tidak mendatangkan dalil dalam perbahasan ilmu yang dibincangkan. Oleh itu, berlaku sedikit pengurangann di situ. Laman 47 pula tidak mengandungi isi yang jelas, terperinci, kurang mendalam dan tidak meluas dalam membincangkan topik berkaitan dengan kewajipan percaya kepada kekuasaan allah swt.

Laman ini digunakan sebagai sumber tambahan dalam tajuk sistem cakerawala kerana antara tujuan utama laman ini diadakan adalah mengembalikan pembaca dan pelajar-pelajar kepada mengenal Pencipta dan menambahkan kepercayaan yang lebih yakin bahawa semua yang wujud di alam semesta ini datangnya adalah daripada Allah swt. Tiada yang lebuh berkuasa dari-Nya dan manusia itu hidup adalah demi menghambakan diri kepada-Nya.

KESAN PENCEMARAN


(Rajah 8)

Rajah 8 menunjukkan senarai laman web berdasarkan topik kesan pencemaran yang boleh menjejaskan Sistem Cakerawala. Sebagaiman yang kita tahu, tanggungjawab menjaga alam cakerawala ini adalah tanggungjawab bersama. Kerana itu, penulis menambahkan topik ini di dalam tajuk sistem cakerawala supaya pelajar terdidik untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam ini. Topik ini diharapkan dapat menambahkan lagi kesedaran kepada pelajar bahawa terdapat banyak kesan buruk sekiranya tidak menjaga alam ini.

Walaupun keempat-empat lama web yang disenaraikan ini masih tidak menepati kesepuluh kriteria standard pemikiran, namun masih boleh dijadikan rujukan tambahan kepada pelajar. Ini kerana ilmu yang terdapat di dalam laman ini jelas, tepat, terperinci huraiannya, logik, releven dan mendalam. Ini kriteria penting dalam topik ini sebagai sokongan bahawa laman ini baik dijadikan sebagai sumber bacaan tambahan.



HIKMAH CIPTAAN ALLAH

i) PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI


(Rajah 5)

Rajah 5 menunjukkan senarai laman web ke 25 hingga 27 berkaitan tajuk hikmah ciptaan Allah swt yang dilihat dari sudut penciptaan langit dan bumi. Laman ini menghuraikan bagaimana langit dan bumi ini diciptakan dan apa hikmahnya kejadian langit dan bumi ini kepada manusia dan makhluk yang ada di dunia ini. Penciptaan langit dan bumi ini saling melengkapi dan menyempurnakan lagi sistem cakerawala yang wujud di alam ini.

Laman 25 dan 26 menepati kesemua kriteria standard pemikiran manakala laman 27 kurang tiga kriteria iaitu isi kandungan yang kurang jelas yang masih menimbulkan persoalan apa difikiran penulis. Ini disebabkan kriteria ketiga pada laman ini tiada iaitu kurang terperinci dalam pengolahan maklumatnya. Dan isi yang dihuraikan sekadar dipermukaan dan kurang mendalam.





ii) KEJADIAN HUJAN


(Rajah 6)

Berdasarkan rajah 6, adalah senarai laman web berkaitan kejadian hujan dan hikmah ciptaannya. Terdapat lapan laman web yang disenaraikan di atas yang telah melalui analisa oleh penulis mengikut standart pemikiran yang sepuluh.

Hanya satu laman yang melengkapi kriteria tersebut. Laman ini dikarang oleh Ust. Harun Yahya, dimana beliau banyak mendedakan kepada kita tentang alam ni, ilmu-ilmu berkaitan agama dan sebagainya. Daripada penelitian penulis, penulis dapati beliau seorang yang banyak ilmu dan kebanyakan maklumat yang beliau huraikan berasaskan al-Quran dan Sunnah.

Laman ke 29 merupakan laman kedua yang melengkapi kriteria, cuma tidak menepati kriteria terakhir iaitu hikmah. Namun, ilmu yang ilmiah masih boleh diperolehi di sini. Laman yang selebihnya, kurang sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah kerana kebanyakan laman tersebut kurang terperinci, kurang mendalam huraian isi kandungannya dan tidak meluas topik yang diperbincangkan berkaitan kejadian hujan dan hikmah ciptaannya.





iii) KEJADIAN SIANG DAN MALAM


(Rajah 7)

Berdasarkan rajah 7, menunjukkan hikmah ciptaan allah swt iaitu kejadian siang dan malam. Terdapat dua laman web yang disenaraikan di dalam jadual iaitu laman ke 36 dan 37. masing-masing mepunyai isi kandungan yang menepati kriteria standard pemikiran yang ditetapkan. Ini bermakna kedua-dua laman ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pelajar tingkatan 1 sebagai sumber tambahan dalam mempelajari topik sistem cakerawala berkaitan hikmah kejadian siang dan malam.

KAJIAN


(Rajah 4)

Berdasarkan rajah 4 menunjukkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para saintis sejak dari zaman kegemilangan Islam sehinggalah kini berkaitan Sistem Cakerawala. Terdapat sepuluh laman web terpilih yang berkaitan ttopik ini. Hanya lima laman menepati kesepuluh kriteria standard pemikiran, manakala tiga laman web sahaja yang hanya tidak terdapat kriteria hikmah. Satu laman web iaitu laman ke 23 mempunyai enam kriteria dan laman ke 24 pula terapat lima sahaja kriteria.

Kebanyakan laman-laman web ini memberikan maklumat kajian terkini berkaitan sistem cakerawala. Kajian yang dihuraikan tampak menarik dan menambahkan minat untuk meneruskan pembacaan. Dariapada laman ini khususnya laman ke 15 hingga 19 memberikan banyak kesedaran tentang keagungan dan kebesaran Allah swt terhadap alam semesta ini. Menurut penulis, laman ini sesuai dijadikan maklumat tambahan dalam pembelajaran pelajar dan pengajaran guru.

a) PROSES AWAL

(Rajah 1)


Berdasarkan rajah 1 di atas, menunjukkan proses awal kejadian Sistem Cakerawala. Laman-laman web ini di analisis dan dikaji mengikut 10 krtiteria standard pemikiran yang telah ditetapkan, iaitu jelas, tepat, terperinci, logik, releven, mendalam, luas, signifikan, adil dan hikmah. Bagi laman web 1 dan 2, menunjukkan masing-masing mengikut kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk dijadikan sumber rujukan bagi tajuk sistem cakerawala ini.

Manakala laman web 3 dan 4 pula kurang menepati tajuk. Walaubagaimanapun, laman web yang ketiga hanya kekurangan kriteria hikmah dan masih mempunyai ilmu-ilmu yang ilmiah dan bermanfaat berkaitan topik proses awal kejadian sistem cakerawala.

Laman web 4 hanya mempunyai sedikit maklumat berkaitan topik yang dibincangkan.





b) PROSES PERKEMBANGAN


(Rajah 2)

Rajah 2 menunjukkan senarai laman web daripada 5 hingga 10 yang berkaitan topik proses perkembangan kejadian Sistem Cakerawala. Terdapat empat laman web yang mengikut kriteria standar pemikiran yang telah dijelaskan di atas. Laman-laman ini dipilih terbaik daripada yang terdapat melalui pencarian enjin yahoo.

Hanya laman web 10 sahaja kurang kriteria standard pemikiran iaitu mendalam dan luas. Ini bermakna isi yang terdapat di dalam web ini kurang dihuraikan dengan lebih mendalam dan meluas. Masih terdapat persoalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’. Oleh itu, laman ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan ilmiah kepada pelajar-pelajar.





c) PROSES AKHIR

(Rajah 3)

Berdasarkan rajah 3 ini pula, menunjukkan proses akhir kejadian Sistem Cakerawala. Terdapat hanya empat laman web yang terbaik berkaitan topik ini. Agak sukar untuk mencari laman web yang berkaitan topik ini mungkin kerana tidak ramai yang membincangkannya.

Walaubagaimanapun, keempat-empat laman ini menepati kriteria standard pemikiran. Menurut penulis daripada pembacaan laman ini, mendapati laman ini membincangkan tentang detik-detik akhir dunia ini mengalami usia tuanya hinggalah berlaku hari qiamat selepas proses awal dan perkembangannya.

Ini dapat memberikan iktibar, pengajaran dan menambahkan lagi ketaqwaan kita dalam melayari kehidupan ini. Dan kita akan selalu mengingati bahawa manusia itu adalah hamba kepada Pencipta alam cakerawala ini dan perlu taar dan patuh kepada setiap perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

PENDAHULUAN

PADA BAHAGIAN INI, SAYA AKAN MELAKUKAN ANALISIS BERKAITAN TAJUK 'SISTEM CAKERAWALA'. LAMAN-LAMAN INI DIPILIH DAN DIKAJI BERDASARKAN 10 KRITERIA "STANDARD PEMIKIRAN" SEBAGAIMANA YANG TELAH SAYA NYATAKAN SEBELUM INI. LAMAN YANG DIAMBIL ADALAH MENGIKUT SUB TOPIK DALAM TAJUK SISTEM CAKERAWALA BERIKUT:





Newer Posts Older Posts Home