Blogger Template by Blogcrowds.

PROSES KEJADIAN SISTEM CAKERAWALA

a) PROSES AWAL

(Rajah 1)


Berdasarkan rajah 1 di atas, menunjukkan proses awal kejadian Sistem Cakerawala. Laman-laman web ini di analisis dan dikaji mengikut 10 krtiteria standard pemikiran yang telah ditetapkan, iaitu jelas, tepat, terperinci, logik, releven, mendalam, luas, signifikan, adil dan hikmah. Bagi laman web 1 dan 2, menunjukkan masing-masing mengikut kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk dijadikan sumber rujukan bagi tajuk sistem cakerawala ini.

Manakala laman web 3 dan 4 pula kurang menepati tajuk. Walaubagaimanapun, laman web yang ketiga hanya kekurangan kriteria hikmah dan masih mempunyai ilmu-ilmu yang ilmiah dan bermanfaat berkaitan topik proses awal kejadian sistem cakerawala.

Laman web 4 hanya mempunyai sedikit maklumat berkaitan topik yang dibincangkan.





b) PROSES PERKEMBANGAN


(Rajah 2)

Rajah 2 menunjukkan senarai laman web daripada 5 hingga 10 yang berkaitan topik proses perkembangan kejadian Sistem Cakerawala. Terdapat empat laman web yang mengikut kriteria standar pemikiran yang telah dijelaskan di atas. Laman-laman ini dipilih terbaik daripada yang terdapat melalui pencarian enjin yahoo.

Hanya laman web 10 sahaja kurang kriteria standard pemikiran iaitu mendalam dan luas. Ini bermakna isi yang terdapat di dalam web ini kurang dihuraikan dengan lebih mendalam dan meluas. Masih terdapat persoalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’. Oleh itu, laman ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan ilmiah kepada pelajar-pelajar.





c) PROSES AKHIR

(Rajah 3)

Berdasarkan rajah 3 ini pula, menunjukkan proses akhir kejadian Sistem Cakerawala. Terdapat hanya empat laman web yang terbaik berkaitan topik ini. Agak sukar untuk mencari laman web yang berkaitan topik ini mungkin kerana tidak ramai yang membincangkannya.

Walaubagaimanapun, keempat-empat laman ini menepati kriteria standard pemikiran. Menurut penulis daripada pembacaan laman ini, mendapati laman ini membincangkan tentang detik-detik akhir dunia ini mengalami usia tuanya hinggalah berlaku hari qiamat selepas proses awal dan perkembangannya.

Ini dapat memberikan iktibar, pengajaran dan menambahkan lagi ketaqwaan kita dalam melayari kehidupan ini. Dan kita akan selalu mengingati bahawa manusia itu adalah hamba kepada Pencipta alam cakerawala ini dan perlu taar dan patuh kepada setiap perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

0 comments:

Newer Post Older Post Home