Blogger Template by Blogcrowds.

HIKMAH CIPTAAN ALLAH

i) PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI


(Rajah 5)

Rajah 5 menunjukkan senarai laman web ke 25 hingga 27 berkaitan tajuk hikmah ciptaan Allah swt yang dilihat dari sudut penciptaan langit dan bumi. Laman ini menghuraikan bagaimana langit dan bumi ini diciptakan dan apa hikmahnya kejadian langit dan bumi ini kepada manusia dan makhluk yang ada di dunia ini. Penciptaan langit dan bumi ini saling melengkapi dan menyempurnakan lagi sistem cakerawala yang wujud di alam ini.

Laman 25 dan 26 menepati kesemua kriteria standard pemikiran manakala laman 27 kurang tiga kriteria iaitu isi kandungan yang kurang jelas yang masih menimbulkan persoalan apa difikiran penulis. Ini disebabkan kriteria ketiga pada laman ini tiada iaitu kurang terperinci dalam pengolahan maklumatnya. Dan isi yang dihuraikan sekadar dipermukaan dan kurang mendalam.





ii) KEJADIAN HUJAN


(Rajah 6)

Berdasarkan rajah 6, adalah senarai laman web berkaitan kejadian hujan dan hikmah ciptaannya. Terdapat lapan laman web yang disenaraikan di atas yang telah melalui analisa oleh penulis mengikut standart pemikiran yang sepuluh.

Hanya satu laman yang melengkapi kriteria tersebut. Laman ini dikarang oleh Ust. Harun Yahya, dimana beliau banyak mendedakan kepada kita tentang alam ni, ilmu-ilmu berkaitan agama dan sebagainya. Daripada penelitian penulis, penulis dapati beliau seorang yang banyak ilmu dan kebanyakan maklumat yang beliau huraikan berasaskan al-Quran dan Sunnah.

Laman ke 29 merupakan laman kedua yang melengkapi kriteria, cuma tidak menepati kriteria terakhir iaitu hikmah. Namun, ilmu yang ilmiah masih boleh diperolehi di sini. Laman yang selebihnya, kurang sesuai untuk dijadikan rujukan ilmiah kerana kebanyakan laman tersebut kurang terperinci, kurang mendalam huraian isi kandungannya dan tidak meluas topik yang diperbincangkan berkaitan kejadian hujan dan hikmah ciptaannya.





iii) KEJADIAN SIANG DAN MALAM


(Rajah 7)

Berdasarkan rajah 7, menunjukkan hikmah ciptaan allah swt iaitu kejadian siang dan malam. Terdapat dua laman web yang disenaraikan di dalam jadual iaitu laman ke 36 dan 37. masing-masing mepunyai isi kandungan yang menepati kriteria standard pemikiran yang ditetapkan. Ini bermakna kedua-dua laman ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pelajar tingkatan 1 sebagai sumber tambahan dalam mempelajari topik sistem cakerawala berkaitan hikmah kejadian siang dan malam.

0 comments:

Newer Post Older Post Home