Blogger Template by Blogcrowds.

PERBANDINGAN KRITERIA

Perbandingan antara kriteria (syarat) meriwayatkan hadis dengan kriteria standard pemikiran.


Kriteria standard pemikiran


1- Kejelesan (Clarity)

2- Ketepatan (Accuracy)

3- Keterperincian (Precision)

4- Berasaskan logik (Logik)

5- Kerelevanan (relevance)

6- Mendalam (Depth)

7- Luas (Breadth)

8- Signifikan (Significance)

9- Adil dan tidak bias (Fairness and unbiased)

10- Hikmah


(Rujukan: Elder&Paul. 1999. Standard of Thinking)


Kriteria (syarat) meriwayatkan hadis.


1) Bersambung sanad.

2) Perawi yang adil (muslim, balingh, berakal)

3) Perawi yang dhabit (kuat ingatan)

4) Tiada syaz (matan benar dan boleh dipercayai)

5) Tiada illah (tiada kecacatan pada matan hadis)


(Rujukan: Dr. Mahmud Tahhan. 1996. Taisir Mustalah Hadis)


PERSAMAAN


Kriteria standard pemikiran: Jelas menepati Syarat meriwayatkan hadis: Bersambung sanad.


Kriteria standard pemikiran: Tepat, adil menepati Syarat meriwayatkan hadis: Perawi yang adil dan dhabit.


Kriteria standard pemikiran: Tepat, Signifikan menepati Syarat meriwayatkan hadis: Tiada syaz.


Kriteria standard pemikiran: Keterperincian menepati Syarat meriwayatkan hadis: Tiada illah.


Bagi kriteria relevan, sudah semestinya kandungan hadis itu adalah sesuai dari dulu, sekarang dan untuk selamanya.


Bagi kriteria luas dan mendalam pula, hadis-hadis sahih ini sememangnya meliputi pelbagai iaitu bidang Fiqh, Tauhid, Adab dan sebagainya.


Bagi kriteria hikmah pula, hadis ini sendiri merupakan dalil dan menjadi panduan dan pedoman kepada orang ramai.



PERBEZAAN


Bagi kriteria logik, untuk kandungan hadis, ada kandungan dan isinya yang tidak sampai untuk akal manusia menerimanya, namun wajib kita mempercayainya sebagai suatu bukti keimanan kita pada yang maha Esa.


Contohnya, peristiwa bulan terbelah dua yang mana buktinya dapat kita lihat pada kajian sains pada masa kini. Hadis tersebut yang bermaksud:


“Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya: Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w di Mina, tiba-tiba bulan belah dua. Sebelah terletak di belakang bukit dan sebelah lagi di depannya, maka berkata Rasulullah s.a.w kepada kami, Saksikanlah itu!”.


(Rujukan: Al-Imam Muslim –Penterjemah Ma’mur Daud. 2003. Sahih Muslim)


Walaupun secara logik, sukar untuk dipercayai, namun sebagai muslim yang beriman, wajib kita percaya dengan adanya bukti hadis ini.



Kesimpulannya, kriteria standard pemikiran yang telah diletakkan oleh para pengkaji barat, sebenarnya telah dahulu dijelaskan di dalam Islam. Ketika kita ingin menerima sesuatu maklumat itu, perlulah dengan ketelitian dan bukannya diambil sewenang-wenangnya tanpa diselidik terlebih dahulu kebenarannya.


Di sini yang membezakan adalah hanya pada kriteria logik, yang mana di dalam Islam memang ada banyak perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Ini bukan menunjukkan ketidaklogikan Islam itu, tetapi ini merupakan alat uji kepada manusia samada masih beriman dan bertaqwakah kita kepada Allah s.a.w dengan apa sahaja kemungkinan yang Allah s.a.w turunkan walaupun diluar fikiran akal???. Orang yang beriman dan tiggi ketaqwaannya pasti akan mempercayai segala apa yang dijelaskan oleh Allah s.a.w di dalam Al-Quran dan Hadis.


Di sini menunjukkan bahawa apa yang terkandung di dalam Islam itu semuanya meliputi segala hal dan perkara di dalam dunia ini. Islam jualah yang paling syumul daripada segalanya.

0 comments:

Older Post Home